"SEJUKNYA HINGGA KE TULANG..."
Syria adalah suatu nama yang tidak lagi asing buat kita.
Disana berkumpul pelarian yang menunggu untuk dilayan sebagai insan yang layak disantuni dan disayangi.
Lihatlah wajah anak-anak kecil yang ceria menyambut kami ketika misi musim sejuk Disember 2021 ini. Lihat sendiri kawasan kediaman mereka dibelakang petugas. Ini gambaran sebelum turunnya salji tebal dan hujan lebat yang meragut nyawa.
Di kem pelarian sebegini, kanak-kanak belajar untuk mengerti apa itu kelaparan, mereka memahami apa itu kesejukan akibat cuaca extreme. Dan disana, apa yang paling menyedihkan adalah, ramai kanak-kanak yang buta huruf dan tidak pandai membaca.
Inilah kesan peperangan yang berlaku keatas penduduk Syria yang menajdi pelarian di negara sendiri!
Hakikatnya, ramai anak-anak pelarian tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya sejak tercetusnya peperangan sejak lebih sedekad lalu.
Pada bulan November 2022, pihak Cakna Palestin bakal menghantar sedikit bantuan asas kepada saudara-saudara di Syria.
Misi ini bukan sekadar untuk memberikan sumbangan kemanusiaan bersifat sementara. Kami juga membawa misi bantuan pendidikan kepada masyarakat disana khususnya di Jerablus, Syria.
Namun, misi ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan dan dokongan rakyat Malaysia.